Kemalangan dan Insiden Lapangan_Terbang_Antarabangsa_Kuala_Lumpur

  • Pada 2001, sebuah pesawat Boeing 747 Saudi Arabian Airlines mengalami kerosakan teruk di bahagian depan pesawat setelah termasuk ke dalam parit monsun besar ketika sedang ditarik dari hangar ke pintu penumpang sebelum perjalanan pulang ke Arab Saudi. Tiada kecederaan serius berlaku antara 6 anak kapal pesawat tersebut.
  • 14 Julai 2007 – sebuah jeti penumpang bergerak secara tiba-tiba menyebabkan kerosakan pada pintu masuk sebuah Airbus A330 Malaysia Airlines yang akan berlepas ke Beijing. Jeti penumpang tersebut tidak digunakan pada masa itu, dan tiada kecederaan di kalangan anak kapal dan penumpang.[17]
  • 15 Oktober 2007 – seorang lelaki warganegara Palestin telah menyelinap dan bersembunyi dalam gear pendaratan pesawat untuk penerbangan SQ119 dari KLIA ke Lapangan Terbang Changi, Singapura. Dia kemudiannya dijumpai di Singapura apabila terjatuh setinggi 2.4 meter daripada roda pendaratan selepas pesawat tersebut tiba di Singapura. Walaupun mengharungi udara yang sejuk dan tipis semasa penerbangan, lelaki tersebut masih hidup tetapi telah ditahan di Singapura. Pihak KLIA masih menyiasat bagaimana lelaki ini berjaya melepasi kawalan keselamatan KLIA.[18]
  • 9 April 2008 – Perompak bersenjata menembak enam orang dalam rompakan tiga minit dan melarikan diri bersama wang tunai RM 3.5 juta. Kejadian ini berlaku pada 7.30 pm di pintu 8 apabila dua penukar wang dan dua pengawal keselamatan berjalan ke arah pintu diserbu oleh enam orang dari sebuah kenderaan BMW. Mangsa tercedera teruk tetapi dalam keadaan stabil.[19]
  • 9 Januari 2009 – Suatu kebakaran kecil tercetus di terminal Penerbangan Tambang Rendah, mematikan terminal untuk dua jam dan menundakan 20 penerbangan. Kebakaran tersebut disebabkan oleh percikan kimpalan di kawasan pembinaan terminal tersebut.[20]
  • 3 Mac 2011 – 56 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL ditunda selepas sebuah bom, dipercayai daripada Perang Dunia Kedua, umpai di tapak pembinaan KLIA2.

Rujukan

WikiPedia: Lapangan_Terbang_Antarabangsa_Kuala_Lumpur http://www.aci-asiapac.aero/cda/aci_common/display... http://lcct.airasia.com/ http://prwire.bernama.com/viewprarticle.phtml?aid=... http://www.maskargo.com/fleet/network http://www.routesonline.com/news/38/airlineroute/2... http://www.theedgemarkets.com/article/airasia-fly-... http://www.klia.com.my/ http://www.klia.com.my/index.php?ch=62&pg=138&ac=2... http://www.malaysiaairports.com.my/view.php?dbInde... http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/Fron...